Tuesday, January 25, 2011

KEWUJUDANKU

SEGALANYA BERMULA DENGAN MEREKA
Pertemuan mereka dirancang seawal mereka dibangku sekolah lagi ditambahkan dengan hubungan keluarga kedua belah pihak yang agak rapat. Mengenali antara satu sama lain, memahami erti susah senang bersama menyuburkan lagi hubungan mereka sehinggalah mereka bekerja. Masa berlalu begitu cepat, sehinggalah mereka diijabkabulkan bersama dan membuatkan mereka bertahan sampai sekarang ditambahkan lagi akan kehadiranku ini. Merekalah IBU AYAH ku.




KELAHIRANKU
Setelah 9 bulan lebih aku di kendong dan dijaga oleh ibuku, tiba masaku pula untuk melihat dunia. Bertarikh 16 March 1991 bersamaan 29 Syaaban 1411 H pada jam 6.33 ptg, Hospital Besar Kangar @ Hospital Tunku Fauziah menyambut tangisan seorang bayi lelaki hampir seberat 5kg. MOHD. IKHWAN BIN ISMAIL namanya. Syukur kepada Allah kerana aku dilahirkan tanpa sebarang masalah dan terima kasih ibuku.


KEHIDUPANKU
Hidup seperti kanak2 normal yg lain, ada suka ada duka. Pelbagai cabaran, halangan aku tempuhi dari kecil sehinggalah aku membesar ke alam remaja ini. Di jaga, dimanja dan dididik oleh ibu bapa ku membuatkan aku semakin matang untuk menepuh di kancah dunia yg semakin sukar untuk difahami oleh sesiapa pun. Ibu ayah, banyak mengajarku apa itu sebenarnya erti kehidupan, kesabaran, ketabahan. Hidup tanpa abang, kakak mahupun adik membuatkan hidupku kurang keserian dalam kata maksud lain 'sunyi', 'sepi'. Tetapi ada juga kelebihanya, perhatian yang diberikan oleh ibu ayah ku hanyalah kepadaku. Terima kasih ibu, ayah. Dan terima kasih juga kerana meraka melahirkan aku, mendidik aku kejalan agama yang sebenar iaitu Islam.